Saturday 28 April 2012

kita kawan jelah..

Assalamualaikum,
terlepas pulak beberapa hari untuk update blog ne.. hihi..
okay, sebanarnya dua tiga hari ni aku sibuk sangat buat hal orang lain bukannya hal aku pun.
Nak story sikit ni, aku ada mm, nak kata awek, dia ada boyfriend. Nak kata kawan, mesra sangat. Cuma dalam beberapa minggu ni kitorang memang takde contact langsung. Sampai la hari khamis baru2 ni, dia sms aku dia kata "kita kawan ja la k". Mula2 aku agak frust jgaklah sebab aku sayang kt dia. Tapi mungkin ini yang terbaik untuk kami supaya rasa 'akward' tu tiada di masa akan datang. hihihi, janggal siott!

Wednesday 25 April 2012

Dia Tak Cari Aku. Sedih.

Assalamualaikum.
Okay, hari ni berjalan seperti biasa, aku bangun hantar adik2 aku p sekolah. Sarapan macam biasa. Sebenarnya, hari ini sudah masuk tiga hari girlfriend aku tak contact aku. Tahan sungguh hati dia kan, aku nak jugak intro text dia or something tapi takut dia marah pulak.
Aku hanya perlu tunggu je la, kalau berpanjangan terpaksa la aku yang cari dia. Takut melepas babe! Yealah, orang perempuan ni sukar dia ramal tindak tanduknya, entah2 esok lusa dah ada pakwe baru. Aku yang frust menonggeng nanti. hahaha. .

Tuesday 24 April 2012

siapa aq?

Percubaan pertama.
Assalamualaikum.
Aku lahir d dunia pada 23 Syawal 1414Hijrah, anak pertama. Hidup aku agak berbeza
dengan orang, yelah, memang hidup semua orang berbezakan. Jadi blog ini akan akan aku jadikan tempat untuk aku bercerita mengenai kehidupan seharian aku, mungkin lebih kepada diari siber la kot. Zaman sekarang ni pun orang dah tak guna buku diari lagi aku rasa. Hihihi. wish me luck people..